Alat-alat Kemahiran Berfikir
Alat-alat kemahiran berfikir merujuk teknik dan strategi yang digunakan untuk meningkatkan kemampuan seseorang dalam menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Alat-alat kemahiran berfikir mampu membantu seseorang individu berfikir dengan lebih mendalam dan kritis. Menurut Som dan Mohd Dahalan (1998), alat berfikir merupakan instrumen yang dapat membantu manusia menggunakan minda dengan lebih berkesan. Hal ini demikian kerana penggunaan alat berfikir memastikan penyampaian idea dengan lebih tersusun, jelas dan mudah difahami. Terdapat pelbagai alat kemahiran berfikir dalam membuat nota termasuklah peta minda, peta i-think, pengurusan grafik, carta radar, enam topi pemikiran, CoRT3 dan teknik penyoalan.
π Peta minda adalah alat visual yang digunakan untuk mewakili dan mengatur maklumat, idea, konsep, atau tugas dalam bentuk grafik.
π Peta minda bermula dengan satu konsep pusat dan cabang-cabang yang menghubungkannya kepada idea-idea atau maklumat yang berkaitan.
π Peta ini boleh digunakan untuk merangsang pemikiran kreatif, mengingat maklumat dengan lebih berkesan, dan membantu dalam pemahaman sesuatu topik.
 |
| Contoh peta minda |
π Peta pemikiran i-Think adalah salah satu teknik mencatat nota yang ringkas dan berkesan.
π Mengikut Hyerle and Yeager (2007) pula, peta pemikiran
i-Think yang diaplikasikan oleh murid dapat meningkatkan
pemahaman dalam konsep, menganalisis masalah dan
dapat mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah
yang timbul.
π Peta ini bermula dengan satu konsep utama di tengah, kemudian mempunyai cabang-cabang idea yang berkaitan dengan topik utama.
π Peta ini digunakan bertujuan untuk merangka idea-idea untuk tugasan dan memudahkan penyusunan maklumat secara sistematik. Penggunaan peta ini dapat meningkatkan keberkesanan dalam memahami dan menguruskan maklumat dengan lebih baik termasuklah membudayakan kemahiran berfikir ke arah pembangunan murid yang kritis, kreatif dan inovatif.
π Terdapat 8 jenis peta i-Think seperti peta bulatan, peta buih, peta buih berganda, peta pokok, peta alir, peta pelbagai alir dan peta titi.
1. Peta bulatan ( Circle map )
Peta bulatan digunakan dalam sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan dalam sesuatu topik dengan memberikan maklumat mengikut konteks.
 |
| Peta bulatan |
2. Peta buih ( Bubble map)
Peta buih bertujuan untuk mencambah atau mengembangkan idea dan fakta berdasarkan topik utama.
 |
| Peta buih |
3. Peta buih berganda
Peta buih berganda digunakan untuk membanding beza sesuatu perkara atau topik mengikut kesesuaian.
 |
| Peta buih berganda |
4.Peta pokok ( Tree map )
Peta pokok bertujuan untuk menyusun maklumat dengan kaedah mengklasifikasikan sesuatu perkara mengikut kategori.
 |
| Peta pokok |
5. Peta dakap ( Brace map )
Peta dakap berfungsi untuk menjelaskan bahagian-bahagian sesuatu topik secara menyeluruh dan terperinci.
 |
| Peta dakap |
6. Peta alir ( Flow map )
Peta alir bertujuan untuk menyusun sesuatu proses, kronologi atau plot sesuatu perkara.
 |
| Peta alir |
7.Peta pelbagai alir ( Multi-Flow map )
Peta pelbagai alir digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis perkaitan atau hubungan sebab dan akibat sesuatu peristiwa. Segi empat sebelah kiri menerangkan tentang sebab manakala segi empat di sebelah kanan menjelaskan tentang akibat daripada peristiwa tersebut.
 |
| Peta pelbagai alir |
8.Peta titi ( Bridge map )
Peta titi berfungsi untuk menghubungkan sesuatu topik yang bersesuaian dengan mengaplikasikan proses analogi.
 |
| Peta titi |
π Kaedah berfikir ini menggambarkan corak penyusunan maklumat yang berstruktur iaitu topik penting dilabelkan.
π Kegunaan utama pengurusan grafik adalah bagi membantu menyampaikan maklumat dengan cara ringkas dan jelas dengan menonjolkan organisasi dan hubungan konsep.
π Pengurusan grafik membolehkan pelajar melihat secara konkrit dan visual, proses berfikir yang terbentang secara abstrak.
π Terdapat pelbagai jenis pengurusan grafik termasuklah peta konsep, peta minda, peta i-Think, carta radar dan lain-lain bentuk grafik.
⭐ Carta radar atau carta labah-labah sering digunakan apabila hendak memaparkan data merentas beberapa faktor atau dimensi yang unik bersifat kuantitatif untuk dibandingkan.
⭐ Kebiasaannya, maklumat daripada carta yang dianalisis adalah untuk mengukur tahap pencapaian atau prestasi.
⭐ Carta radar sebagai alat berfikir memudahkan penyusunan maklumat dan pengembangan idea kreatif berdasarkan topik utama. Pelajar mampu menggunakannya untuk mencipta naratif dan menyelesaikan masalah.
 |
| Contoh carta radar |
Sumber : Internet
π© Teknik enam topi pemikiran yang dibangunkan oleh Edward de Bono, adalah kaedah berstruktur untuk perbincangan kumpulan dan pemikiran individu. Kaedah ini melibatkan enam topi metafora, setiap satu mewakili jenis pemikiran yang berbeza. Setiap topi mempunyai warna yang berbeza untuk membantu anda mengingati jenis pemikiran yang terlibat.
π© Peserta bertukar topi untuk meneroka perspektif yang berbeza, membawa kepada membuat keputusan yang lebih komprehensif dan penyelesaian masalah.
πCognitive Research Trust (CoRT3) merupakan salah satu alat untuk menilai pelaksanaan KBAT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
π Alat ini diperkenalkan oleh Edward de Bono yang terdiri daripada enam kaedah berfikir untuk memenuhi keperluan yang berbeza.
π CoRT bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pelbagai strategi berfikir dan menjadikan mereka lebih bersedia untuk berdikari dalam mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat (de Bono, 1987).
π Strategi pemikiran ini juga berkaitan dengan interaksi melibatkan hujah dan perdebatan.
π Menurut Rohana Mansor (2009), penggunaan teknik penyoalan memberi impak terhadap aspek penilaian pelajar khususnya terhadap kesan perkembangan kognitif dan keintelektualan mereka.
π Penyoalan bertujuan untuk mendapatkan maklumat, meninjau kefahaman dan mencungkil minat atau kebolehan seseorang. Hal ini demikian kerana soalan dan penyoalan dapat membantu pelajar khususnya supaya berfikir secara mendalam dan meluas.
Penulisan ( Peta i-Think )

Pada pendapat saya, penggunaan peta i-Think
iaitu peta pokok sebagai alat kemahiran berfikir sangat sesuai dan berkesan
untuk meningkatkan kemahiran belajar. Penggunaan peta pokok bagi tajuk yang
dipilih iaitu kata nama am dalam pembelajaran membawa beberapa kelebihan yang
unik berbanding dengan peta i-Think serta alat kemahiran berfikir yang lain. Hal
ini demikian kerana peta pokok dengan struktur bercabangnya membolehkan
maklumat disusun secara jelas dan mudah difahami. Dalam konteks kata nama am,
peta pokok dapat menunjukkan kategori utama seperti manusia, haiwan, benda,
tempat, dan tumbuh-tumbuhan dengan jelas dan tersusun. Tambahan pula,
contoh-contoh bagi setiap kategori yang dijelaskan juga dapat dipaparkan dengan
tersusun menggunakan peta pokok. Hal ini memudahkan saya untuk melihat hubungan
antara kategori dan subkategori dengan lebih mudah.
Salah satu kelebihan utama peta pokok adalah
dapat membantu saya untuk mengorganisasikan maklumat secara logik dan teratur.
Dengan visualisasi yang jelas, saya dapat melihat bagaimana setiap kata nama am
dikelompokkan mengikut kategori masing-masing. Ini bukan sahaja memudahkan
pemahaman tetapi juga membantu dalam mengingati maklumat kerana saya juga dapat
melihat dan memahami struktur keseluruhan dengan lebih baik.
Selain itu, peta pokok juga berfungsi dalam
memudahkan proses penerimaan maklumat oleh pelajar. Saya menggunakan peta pokok
untuk memahami konsep-konsep secara berperingkat, bermula dari kategori yang
lebih umum sebelum menuju kepada subkategori yang lebih spesifik. Hal ini dapat
membantu saya untuk membina pemahaman secara bertahap dan lebih mendalam. Peta
pokok juga fleksibel dan boleh diubah suai mengikut keperluan pengajaran,
membolehkan penambahan maklumat baru dengan mudah tanpa mengganggu struktur
sedia ada.
Berbanding dengan peta i-Think yang lain
seperti peta buih, peta buih berganda, atau peta alir, peta pokok lebih efektif
untuk menunjukkan hubungan hierarki dan pengelompokan maklumat.Sebagai contoh,
peta buih lebih sesuai untuk menunjukkan konsep yang berkaitan antara satu sama
lain tanpa perlu pengelompokan yang ketat. Manakala, peta alir lebih sesuai
untuk menunjukkan urutan atau proses. Oleh itu, bagi topik seperti kata nama am
yang memerlukan pengelompokan yang jelas, peta pokok adalah pilihan yang paling
tepat.
Penggunaan peta pokok juga lebih mudah
difahami dan diaplikasikan oleh pelajar berbanding alat kemahiran berfikir yang
lain seperti peta minda. Walaupun peta juga berfungsi untuk mengorganisasikan
maklumat, peta pokok mempunyai struktur yang lebih ringkas dan mudah diikuti,
terutamanya untuk pelajar yang masih baru dalam menggunakan alat-alat pemikiran
visual. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan tentang keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-Think dalam subjek bahasa Melayu, peta pemikiran dijadikan sebagai alat untuk menilai tahap
kefahaman murid dengan isi
kandungan pelajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas.
Hal ini kerana peta pemikiran boleh dijadikan satu
alat hala tuju yang lebih terancang berbanding
dengan alat berfikir yang lain kerana setiap peta
pemikiran mempunyai fungsi yang berbeza. Selain
itu, dengan menggunakan peta pemikiran juga
murid lebih terarah dan terancang mengikut fungsi
peta pemikiran yang telah ditetapkan berbanding
alat berfikir yang lain seperti peta minda.
Seterusnya, peta pokok sebagai peta
i-Think turut dapat membantu saya mengulang kaji dan mengingat semula maklumat
yang penting. Peta i-Think membantu saya untuk mengorganisasikan maklumat
secara sistematik dan bermakna. Struktur visual peta i-Think memudahkan saya untuk
mengaitkan idea-idea dan mengingat maklumat dengan lebih baik berbanding hanya
membaca teks atau nota. Hal ini demikian kerana struktur peta pokok membantu
dalam menyusun maklumat secara teratur. Aspek visualisasi dalam peta pokok
membantu memperjelaskan dan menguatkan ingatan kerana pelibatan lebih banyak
indera seperti penglihatan. Tegasnya, saya turut dapat membina hubungan yang
lebih kuat antara maklumat yang dipelajari dan sekali gus dapat membantu
meningkatkan daya ingatan.
Secara keseluruhannya, peta pokok menunjukkan
kelebihan yang ketara dalam pembelajaran kata nama am dengan menyediakan
struktur yang jelas, memudahkan pemahaman dan ingatan, serta fleksibel dalam
penggunaannya. Hal ini menjadikan peta pokok sebagai alat yang sangat efektif
untuk digunakan dalam kelas untuk memperkukuh pemahaman pelajar terhadap konsep
kata nama am.
Rujukan
alat pemikiran. (2021, Januari 3). YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=Z9XjqppXGsU
Anida, mahani, &
shamsiah. (2024). Kemahiran belajar. Local Publications.
Google Image Result for https://help.apple.com/assets/65E6150B6FF3556065071CF8/65E6150B60D78F13600351D2/ms_M Y/7ff1a26bad568e287b1fd3bba4e112b3.png. (2024). App.goo.gl. https://images.app.goo.gl/J5FcjeRrJ2eLHxnv8
Hyerle, D. & Yeager, C. 2007.
Thinking Maps: A Language for Learning. New Jersey: Thinking Maps, Inc
Imfusio | Bono’s Six
Thinking Hats. (n.d.). Imfusio. https://imfusio.com/en/bibliotheque/bono-s-six-thinking-hats
MindTools. (2022). Six
Thinking Hats . Www.mindtools.com. https://www.mindtools.com/ajlpp1e/six-thinking-hats
Mohd Nasrudin Basar.
(2012). Kemahiran berfikir. Freemind Horizons.
Som Hj, Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli
(1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif. Selangor: Longman. m.s.
304-305, 318-321, 323-324.
Yusop, R., &
Mahamod, Z. (2016). KEBERKESANAN PETA PEMIKIRAN ( I-THINK ) DALAM MENINGKATKAN
PENCAPAIAN PENULISAN BAHASA MELAYU MURID TAHUN 6 (The Effectiveness of i-Think
to Improve the Achievement Writing in Malay Language among Year 6 Students). Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 5(2), 31–37.
https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/95
wahh, nota yg menarikk
BalasPadam