Sabtu, 13 Julai 2024

Kemahiran Belajar GKEB1072


Alat-alat Kemahiran Berfikir


Alat-alat kemahiran berfikir merujuk teknik dan strategi yang digunakan untuk meningkatkan kemampuan seseorang dalam menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Alat-alat kemahiran berfikir mampu membantu seseorang individu berfikir dengan lebih mendalam dan kritis. Menurut Som dan Mohd Dahalan (1998), alat berfikir merupakan instrumen yang dapat membantu manusia menggunakan minda dengan lebih berkesan. Hal ini demikian kerana penggunaan alat berfikir memastikan penyampaian idea dengan lebih tersusun, jelas dan mudah difahami. Terdapat pelbagai alat kemahiran berfikir dalam membuat nota termasuklah peta minda, peta i-think, pengurusan grafik, carta radar, enam topi pemikiran, CoRT3 dan teknik penyoalan.


  • Peta minda

πŸ’œ Peta minda adalah alat visual yang digunakan untuk mewakili dan mengatur maklumat, idea, konsep, atau tugas dalam bentuk grafik. 

πŸ’œ Peta minda bermula dengan satu konsep pusat dan cabang-cabang yang menghubungkannya kepada idea-idea atau maklumat yang berkaitan. 

πŸ’œ Peta ini boleh digunakan untuk merangsang pemikiran kreatif, mengingat maklumat dengan lebih berkesan, dan membantu dalam pemahaman sesuatu topik.

Contoh peta minda





  • Peta i-Think

πŸ“Œ Peta pemikiran i-Think adalah salah satu teknik mencatat nota yang ringkas dan berkesan. 

πŸ“Œ Mengikut Hyerle and Yeager (2007) pula, peta pemikiran i-Think yang diaplikasikan oleh murid dapat meningkatkan pemahaman dalam konsep, menganalisis masalah dan dapat mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang timbul.

πŸ“Œ Peta ini bermula dengan satu konsep utama di tengah, kemudian mempunyai cabang-cabang idea yang berkaitan dengan topik utama. 

πŸ“Œ Peta ini digunakan bertujuan untuk merangka idea-idea untuk tugasan dan memudahkan penyusunan maklumat secara sistematik. Penggunaan peta ini dapat meningkatkan keberkesanan dalam memahami dan menguruskan maklumat dengan lebih baik termasuklah membudayakan kemahiran berfikir ke arah pembangunan murid yang kritis, kreatif dan inovatif. 

πŸ“Œ Terdapat 8 jenis peta i-Think seperti peta bulatan, peta buih, peta buih berganda, peta pokok, peta alir, peta pelbagai alir dan peta titi.


1. Peta bulatan ( Circle map )

Peta bulatan digunakan dalam sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan dalam sesuatu topik dengan memberikan maklumat mengikut konteks.


Peta bulatan



2. Peta buih ( Bubble map)

Peta buih bertujuan untuk mencambah atau mengembangkan idea dan fakta berdasarkan topik utama.

Peta buih


3. Peta buih berganda

Peta buih berganda digunakan untuk membanding beza sesuatu perkara atau topik mengikut kesesuaian.

Peta buih berganda



4.Peta pokok ( Tree map )

Peta pokok bertujuan untuk menyusun maklumat dengan kaedah mengklasifikasikan sesuatu perkara mengikut kategori.

Peta pokok



5. Peta dakap ( Brace map )

Peta dakap berfungsi untuk menjelaskan bahagian-bahagian sesuatu topik secara menyeluruh dan terperinci.

Peta dakap



6. Peta alir ( Flow map )

Peta alir bertujuan untuk menyusun sesuatu proses, kronologi atau plot sesuatu perkara.

Peta alir


7.Peta pelbagai alir ( Multi-Flow map )

Peta pelbagai alir digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis perkaitan atau hubungan sebab dan akibat sesuatu peristiwa. Segi empat sebelah kiri menerangkan tentang sebab manakala segi empat di sebelah kanan menjelaskan tentang akibat daripada peristiwa tersebut.

Peta pelbagai alir


8.Peta titi ( Bridge map )

Peta titi berfungsi untuk menghubungkan sesuatu topik yang bersesuaian dengan mengaplikasikan proses analogi.

Peta titi



  • Pengurusan grafik

πŸ’— Kaedah berfikir ini menggambarkan corak penyusunan maklumat yang berstruktur iaitu topik penting dilabelkan. 

πŸ’— Kegunaan utama pengurusan grafik adalah bagi membantu menyampaikan maklumat dengan cara ringkas dan jelas dengan menonjolkan organisasi dan hubungan konsep. 

πŸ’— Pengurusan grafik membolehkan pelajar melihat secara konkrit dan visual, proses berfikir yang terbentang secara abstrak. 

πŸ’— Terdapat pelbagai jenis pengurusan grafik termasuklah peta konsep, peta minda, peta i-Think, carta radar dan lain-lain bentuk grafik.


  • Carta radar

⭐ Carta radar atau carta labah-labah sering digunakan apabila hendak memaparkan data merentas beberapa faktor atau dimensi yang unik bersifat kuantitatif untuk dibandingkan. 

⭐ Kebiasaannya, maklumat daripada carta yang dianalisis adalah untuk mengukur tahap pencapaian atau prestasi. 

⭐ Carta radar sebagai alat berfikir memudahkan penyusunan maklumat dan pengembangan idea kreatif berdasarkan topik utama. Pelajar mampu menggunakannya untuk mencipta naratif dan menyelesaikan masalah.

Contoh carta radar
  Sumber : Internet 

  • Enam topi pemikiran

🎩 Teknik enam topi pemikiran yang dibangunkan oleh Edward de Bono, adalah kaedah berstruktur untuk perbincangan kumpulan dan pemikiran individu. Kaedah ini melibatkan enam topi metafora, setiap satu mewakili jenis pemikiran yang berbeza. Setiap topi mempunyai warna yang berbeza untuk membantu anda mengingati jenis pemikiran yang terlibat.

🎩 Peserta bertukar topi untuk meneroka perspektif yang berbeza, membawa kepada membuat keputusan yang lebih komprehensif dan penyelesaian masalah.







  • CoRT3

🌈Cognitive Research Trust (CoRT3) merupakan salah satu alat untuk menilai pelaksanaan KBAT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 

🌈 Alat ini diperkenalkan oleh Edward de Bono yang terdiri daripada enam kaedah berfikir untuk memenuhi keperluan yang berbeza. 

🌈 CoRT bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pelbagai strategi berfikir dan menjadikan mereka lebih bersedia untuk berdikari dalam mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat (de Bono, 1987). 

🌈 Strategi pemikiran ini juga berkaitan dengan interaksi melibatkan hujah dan perdebatan.


  • Teknik penyoalan

πŸ’™ Menurut Rohana Mansor (2009), penggunaan teknik penyoalan memberi impak terhadap aspek penilaian pelajar khususnya terhadap kesan perkembangan kognitif dan keintelektualan mereka.  

πŸ’™ Penyoalan bertujuan untuk mendapatkan maklumat, meninjau kefahaman dan mencungkil minat atau kebolehan seseorang. Hal ini demikian kerana soalan dan penyoalan dapat membantu pelajar khususnya supaya berfikir secara mendalam dan meluas.





Penulisan ( Peta i-Think )



    Pada pendapat saya, penggunaan peta i-Think iaitu peta pokok sebagai alat kemahiran berfikir sangat sesuai dan berkesan untuk meningkatkan kemahiran belajar. Penggunaan peta pokok bagi tajuk yang dipilih iaitu kata nama am dalam pembelajaran membawa beberapa kelebihan yang unik berbanding dengan peta i-Think serta alat kemahiran berfikir yang lain. Hal ini demikian kerana peta pokok dengan struktur bercabangnya membolehkan maklumat disusun secara jelas dan mudah difahami. Dalam konteks kata nama am, peta pokok dapat menunjukkan kategori utama seperti manusia, haiwan, benda, tempat, dan tumbuh-tumbuhan dengan jelas dan tersusun. Tambahan pula, contoh-contoh bagi setiap kategori yang dijelaskan juga dapat dipaparkan dengan tersusun menggunakan peta pokok. Hal ini memudahkan saya untuk melihat hubungan antara kategori dan subkategori dengan lebih mudah.

    Salah satu kelebihan utama peta pokok adalah dapat membantu saya untuk mengorganisasikan maklumat secara logik dan teratur. Dengan visualisasi yang jelas, saya dapat melihat bagaimana setiap kata nama am dikelompokkan mengikut kategori masing-masing. Ini bukan sahaja memudahkan pemahaman tetapi juga membantu dalam mengingati maklumat kerana saya juga dapat melihat dan memahami struktur keseluruhan dengan lebih baik.

     Selain itu, peta pokok juga berfungsi dalam memudahkan proses penerimaan maklumat oleh pelajar. Saya menggunakan peta pokok untuk memahami konsep-konsep secara berperingkat, bermula dari kategori yang lebih umum sebelum menuju kepada subkategori yang lebih spesifik. Hal ini dapat membantu saya untuk membina pemahaman secara bertahap dan lebih mendalam. Peta pokok juga fleksibel dan boleh diubah suai mengikut keperluan pengajaran, membolehkan penambahan maklumat baru dengan mudah tanpa mengganggu struktur sedia ada.

     Berbanding dengan peta i-Think yang lain seperti peta buih, peta buih berganda, atau peta alir, peta pokok lebih efektif untuk menunjukkan hubungan hierarki dan pengelompokan maklumat.Sebagai contoh, peta buih lebih sesuai untuk menunjukkan konsep yang berkaitan antara satu sama lain tanpa perlu pengelompokan yang ketat. Manakala, peta alir lebih sesuai untuk menunjukkan urutan atau proses. Oleh itu, bagi topik seperti kata nama am yang memerlukan pengelompokan yang jelas, peta pokok adalah pilihan yang paling tepat.

     Penggunaan peta pokok juga lebih mudah difahami dan diaplikasikan oleh pelajar berbanding alat kemahiran berfikir yang lain seperti peta minda. Walaupun peta juga berfungsi untuk mengorganisasikan maklumat, peta pokok mempunyai struktur yang lebih ringkas dan mudah diikuti, terutamanya untuk pelajar yang masih baru dalam menggunakan alat-alat pemikiran visual. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan tentang keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-Think dalam subjek bahasa Melayu, peta pemikiran dijadikan sebagai alat untuk menilai tahap kefahaman murid dengan isi kandungan pelajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas. Hal ini kerana peta pemikiran boleh dijadikan satu alat hala tuju yang lebih terancang berbanding dengan alat berfikir yang lain kerana setiap peta pemikiran mempunyai fungsi yang berbeza. Selain itu, dengan menggunakan peta pemikiran juga murid lebih terarah dan terancang mengikut fungsi peta pemikiran yang telah ditetapkan berbanding alat berfikir yang lain seperti peta minda. 

     Seterusnya, peta pokok sebagai peta i-Think turut dapat membantu saya mengulang kaji dan mengingat semula maklumat yang penting. Peta i-Think membantu saya untuk mengorganisasikan maklumat secara sistematik dan bermakna. Struktur visual peta i-Think memudahkan saya untuk mengaitkan idea-idea dan mengingat maklumat dengan lebih baik berbanding hanya membaca teks atau nota. Hal ini demikian kerana struktur peta pokok membantu dalam menyusun maklumat secara teratur. Aspek visualisasi dalam peta pokok membantu memperjelaskan dan menguatkan ingatan kerana pelibatan lebih banyak indera seperti penglihatan. Tegasnya, saya turut dapat membina hubungan yang lebih kuat antara maklumat yang dipelajari dan sekali gus dapat membantu meningkatkan daya ingatan.

     Secara keseluruhannya, peta pokok menunjukkan kelebihan yang ketara dalam pembelajaran kata nama am dengan menyediakan struktur yang jelas, memudahkan pemahaman dan ingatan, serta fleksibel dalam penggunaannya. Hal ini menjadikan peta pokok sebagai alat yang sangat efektif untuk digunakan dalam kelas untuk memperkukuh pemahaman pelajar terhadap konsep kata nama am.






Rujukan


alat pemikiran. (2021, Januari 3). YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=Z9XjqppXGsU

Anida, mahani, & shamsiah. (2024). Kemahiran belajar. Local Publications.

Google Image Result for                   https://help.apple.com/assets/65E6150B6FF3556065071CF8/65E6150B60D78F13600351D2/ms_M  Y/7ff1a26bad568e287b1fd3bba4e112b3.png. (2024). App.goo.gl. https://images.app.goo.gl/J5FcjeRrJ2eLHxnv8

Hyerle, D. & Yeager, C. 2007. Thinking Maps: A Language for Learning. New Jersey: Thinking Maps,            Inc

Imfusio | Bono’s Six Thinking Hats. (n.d.). Imfusio. https://imfusio.com/en/bibliotheque/bono-s-six-thinking-hats

 MindTools. (2022). Six Thinking Hats . Www.mindtools.com. https://www.mindtools.com/ajlpp1e/six-thinking-hats

 Mohd Nasrudin Basar. (2012). Kemahiran berfikir. Freemind Horizons.

 Som Hj, Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif.                 Selangor: Longman. m.s. 304-305, 318-321, 323-324.

 Yusop, R., & Mahamod, Z. (2016). KEBERKESANAN PETA PEMIKIRAN ( I-THINK ) DALAM                        MENINGKATKAN PENCAPAIAN PENULISAN BAHASA MELAYU MURID TAHUN 6 (The                    Effectiveness of i-Think to Improve the Achievement Writing in Malay Language among Year 6            Students). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5(2), 31–37.                                                                       https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/95




1 ulasan:

ASAS PEMBELAJARAN DIGITAL- GAPD1032

KETERAMPILAN BERBAHASA  HALANGAN KOMUNIKASI DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA ISU-ISU KETERAMPILAN BERBAHASA