Alat-alat Kemahiran Berfikir
Alat-alat kemahiran berfikir merujuk teknik dan strategi yang digunakan untuk meningkatkan kemampuan seseorang dalam menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Alat-alat kemahiran berfikir mampu membantu seseorang individu berfikir dengan lebih mendalam dan kritis. Menurut Som dan Mohd Dahalan (1998), alat berfikir merupakan instrumen yang dapat membantu manusia menggunakan minda dengan lebih berkesan. Hal ini demikian kerana penggunaan alat berfikir memastikan penyampaian idea dengan lebih tersusun, jelas dan mudah difahami. Terdapat pelbagai alat kemahiran berfikir dalam membuat nota termasuklah peta minda, peta i-think, pengurusan grafik, carta radar, enam topi pemikiran, CoRT3 dan teknik penyoalan.
π Peta minda adalah alat visual yang digunakan untuk mewakili dan mengatur maklumat, idea, konsep, atau tugas dalam bentuk grafik.
π Peta minda bermula dengan satu konsep pusat dan cabang-cabang yang menghubungkannya kepada idea-idea atau maklumat yang berkaitan.
π Peta ini boleh digunakan untuk merangsang pemikiran kreatif, mengingat maklumat dengan lebih berkesan, dan membantu dalam pemahaman sesuatu topik.
 |
| Contoh peta minda |
π Peta pemikiran i-Think adalah salah satu teknik mencatat nota yang ringkas dan berkesan.
π Mengikut Hyerle and Yeager (2007) pula, peta pemikiran
i-Think yang diaplikasikan oleh murid dapat meningkatkan
pemahaman dalam konsep, menganalisis masalah dan
dapat mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah
yang timbul.
π Peta ini bermula dengan satu konsep utama di tengah, kemudian mempunyai cabang-cabang idea yang berkaitan dengan topik utama.
π Peta ini digunakan bertujuan untuk merangka idea-idea untuk tugasan dan memudahkan penyusunan maklumat secara sistematik. Penggunaan peta ini dapat meningkatkan keberkesanan dalam memahami dan menguruskan maklumat dengan lebih baik termasuklah membudayakan kemahiran berfikir ke arah pembangunan murid yang kritis, kreatif dan inovatif.
π Terdapat 8 jenis peta i-Think seperti peta bulatan, peta buih, peta buih berganda, peta pokok, peta alir, peta pelbagai alir dan peta titi.
1. Peta bulatan ( Circle map )
Peta bulatan digunakan dalam sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan dalam sesuatu topik dengan memberikan maklumat mengikut konteks.
 |
| Peta bulatan |
2. Peta buih ( Bubble map)
Peta buih bertujuan untuk mencambah atau mengembangkan idea dan fakta berdasarkan topik utama.
 |
| Peta buih |
3. Peta buih berganda
Peta buih berganda digunakan untuk membanding beza sesuatu perkara atau topik mengikut kesesuaian.
 |
| Peta buih berganda |
4.Peta pokok ( Tree map )
Peta pokok bertujuan untuk menyusun maklumat dengan kaedah mengklasifikasikan sesuatu perkara mengikut kategori.
 |
| Peta pokok |
5. Peta dakap ( Brace map )
Peta dakap berfungsi untuk menjelaskan bahagian-bahagian sesuatu topik secara menyeluruh dan terperinci.
 |
| Peta dakap |
6. Peta alir ( Flow map )
Peta alir bertujuan untuk menyusun sesuatu proses, kronologi atau plot sesuatu perkara.
 |
| Peta alir |
7.Peta pelbagai alir ( Multi-Flow map )
Peta pelbagai alir digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis perkaitan atau hubungan sebab dan akibat sesuatu peristiwa. Segi empat sebelah kiri menerangkan tentang sebab manakala segi empat di sebelah kanan menjelaskan tentang akibat daripada peristiwa tersebut.
 |
| Peta pelbagai alir |
8.Peta titi ( Bridge map )
Peta titi berfungsi untuk menghubungkan sesuatu topik yang bersesuaian dengan mengaplikasikan proses analogi.
 |
| Peta titi |
π Kaedah berfikir ini menggambarkan corak penyusunan maklumat yang berstruktur iaitu topik penting dilabelkan.
π Kegunaan utama pengurusan grafik adalah bagi membantu menyampaikan maklumat dengan cara ringkas dan jelas dengan menonjolkan organisasi dan hubungan konsep.
π Pengurusan grafik membolehkan pelajar melihat secara konkrit dan visual, proses berfikir yang terbentang secara abstrak.
π Terdapat pelbagai jenis pengurusan grafik termasuklah peta konsep, peta minda, peta i-Think, carta radar dan lain-lain bentuk grafik.
⭐ Carta radar atau carta labah-labah sering digunakan apabila hendak memaparkan data merentas beberapa faktor atau dimensi yang unik bersifat kuantitatif untuk dibandingkan.
⭐ Kebiasaannya, maklumat daripada carta yang dianalisis adalah untuk mengukur tahap pencapaian atau prestasi.
⭐ Carta radar sebagai alat berfikir memudahkan penyusunan maklumat dan pengembangan idea kreatif berdasarkan topik utama. Pelajar mampu menggunakannya untuk mencipta naratif dan menyelesaikan masalah.
 |
| Contoh carta radar |
Sumber : Internet
π© Teknik enam topi pemikiran yang dibangunkan oleh Edward de Bono, adalah kaedah berstruktur untuk perbincangan kumpulan dan pemikiran individu. Kaedah ini melibatkan enam topi metafora, setiap satu mewakili jenis pemikiran yang berbeza. Setiap topi mempunyai warna yang berbeza untuk membantu anda mengingati jenis pemikiran yang terlibat.
π© Peserta bertukar topi untuk meneroka perspektif yang berbeza, membawa kepada membuat keputusan yang lebih komprehensif dan penyelesaian masalah.
πCognitive Research Trust (CoRT3) merupakan salah satu alat untuk menilai pelaksanaan KBAT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
π Alat ini diperkenalkan oleh Edward de Bono yang terdiri daripada enam kaedah berfikir untuk memenuhi keperluan yang berbeza.
π CoRT bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pelbagai strategi berfikir dan menjadikan mereka lebih bersedia untuk berdikari dalam mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat (de Bono, 1987).
π Strategi pemikiran ini juga berkaitan dengan interaksi melibatkan hujah dan perdebatan.
π Menurut Rohana Mansor (2009), penggunaan teknik penyoalan memberi impak terhadap aspek penilaian pelajar khususnya terhadap kesan perkembangan kognitif dan keintelektualan mereka.
π Penyoalan bertujuan untuk mendapatkan maklumat, meninjau kefahaman dan mencungkil minat atau kebolehan seseorang. Hal ini demikian kerana soalan dan penyoalan dapat membantu pelajar khususnya supaya berfikir secara mendalam dan meluas.